Sunday, January 25, 2009

Pertubuhan Baru!! Blog MPP FPPSM!!

Satu blog baru yang bernama 'Fppsm Mpp' telah ditubuh pada 24th Jan 2009(Sabtu).

Idea untuk menubuhkan blog ini telah dicadangkan oleh salah seorang wakil MPP fakulti FPPSM, saudara Mohd Izwan (2 SHR, Naib Presiden Kolej). Idea ini dipersetujui dan dilancarkan oleh wakil MPP fakulti FPPSM yang seorang lagi, iaitu saudari Lai Yit Sien (2 SHR, Ketua Fakulti dan Exco Jabatan Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan).

Tujuan menubuhkan blog ini ialah untuk menyediakan satu lagi saluran jenis e-aduan untuk memberi peluang kepada para pelajar FPPSM, supaya pelajar FPPSM dapat menyalurkan cadangan/maklum balas/komen/aduan mereka melalui Internet.

Begitu juga kepada wakil-wakil MPP FPPSM, sekiranya mereka tidak dapat berhubung/bertemu dengan rakan-rakan FPPSM, mereka masih boleh menerima pandangan/aduan daripada rakan-rakan FPPSM melalui blog ini.

Selain itu, untuk makluman semua, wakil-wakil MPP FPPSM juga telah merancang untuk menubuhkan satu 'secretariat MPP FPPSM', dimana secretariat ini adalah terdiri daripada lebih kurang 20 orang pelajar FPPSM yang berminat bagi memberi sumbangan mereka untuk membantu wakil-wakil MPP FPPSM dan juga keluarga FPPSM. Maklumat yang lebih lanjut lagi terhadap perkara ini akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Akhirnya, kita akan cuba sedaya upaya untuk selalu mengemaskini blog Fppsm Mpp dengan mengumumkan dan berkongsi segala berita/keputusan terbaru terhadap fakulti FPPSM yang dibuat oleh MPP.

Sekian.

CNY is coming!

Hope all of you have a very

Happy Chinese New Year! Gong Xi Fa Cai~!!